AS Tabur Fitnah Tentang Asal Usul COVID-19

2021-08-04 13:47:36  CRI
Share with:

Pada 2 Ogos lalu, anggota utama Jawatankuasa Hal Ehwal Luar bagi Parti Republikan dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Michael McCaul mengeluarkan sebuah laporan yang menyatakan bahawa ada bahan bukti yang penuh dapat membuktikan virus COVID-19 terbocor daripada Institut Virologi Wuhan pada masa sebelum bulan September tahun 2019.

Dalam sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China ketika mengulas hal tersebut menyatakan bahawa laporan itu sama sekali rekaan yang berdasarkan bohong dan fakta yang diputarbelitkan, dan sama sekali tidak boleh dipercayai. China mengutuk keras kelakuan ahli Kongres AS berkenaan yang hanya bertujuan memburukkan nama China demi kepentingan politik peribadi tanpa menjaga asas moral.

Jurucakap itu berkata, kumpulan pakar penyelidikan bersama China dan Pertubuhan Kersihatan Sedunia (WHO) yang bertugas merungkai asal usul virus COVID-19 telah melawat Institut Virologi Wuhan pada bulan Februari lalu, dan menjalankan pertukaran keilmuan secara mendalam dan tulus ikhlas. Keputusan utama yang dicapai dalam laporan penyelidikan yang diumumkan kemudian adalah 'kebocoran virus daripada makmal sangat tidak berkemungkinan'.

Jurucakap itu menyatakan bahawa pihak AS pernah berlagak mengambil sebotol kecil serbuk pencuci sebagai bukti untuk mendakwa Iraq yang memiliki senjata pemusnah besar-besaran. Maka, masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan hal seumpama itu berulang lagi.

China menggesa AS menghormati kebenaran dan sains, mengalihkan perhatian kepada usaha melawan wabak dan menyelamatkan nyawa, serta berhenti bermain muslihat yang mempolitikkan isu pencarian asal usul virus COVID-19 dan mengambinghitamkan negara lain. 

曹捷