Perdagangan Perkhidmatan China Tingkat 6.7% Setengah Tahun Pertama 2021

2021-08-04 13:16:40  CRI
Share with:

Jumlah import eksport perkhidmatan China meningkat 6.7% pada setengah tahun pertama 2021, antaranya eksport bertambah 23.6%, manakala import berkurang 5%. Dengan itu, defisit perdagangan perkhidmatan menyusut 70%, dengan menokok RMB120.46 bilion (RM78.66 bilion), iaitu berkurang RMB281.25 bilion (RM183.66 bilion) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Import eksport perkhidmatan meningkat ketara pada Jun lalu, dengan merekodkan 22.5% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan meningkat 17.6% berbanding bulan Mei. Antaranya sektor perkhidmatan pengangkutan menjadi yang berkembang paling pesat dalam bidang eksport, dengan melambung 91.3%, sedangkan sektor perkhidmatan pembinaan berkembang paling pesat dalam bidang import, dengan melambung 62.1%.

Selain itu, sektor perkhidmatan intensif pengetahuan didapati mempunyai syer yang semakin banyak dan sektor perkhidmatan pelancongan terus menguncup dalam landskap import-eksport perkhidmatan China. Jika sektor perkhidmatan pelancongan tidak diambil kira, jumlah import eksport perdagangan perkhidmatan negara ini mewujudkan peningkatan 20.6% pada Januari hingga Jun.

高蕾