Wang Yi Hadiri Sidang Menteri Luar 10+3

2021-08-04 14:34:47  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri Sidang Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea (10+3) secara maya petang semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa ulang tahun ke-25 mekanisme kerjasama 10+3 pada tahun depan akan dijadikan kesempatan untuk menggaris Pelan Kerja Kerjasama Tahun2023-2027 yang bertujuan merancang peta garisan kerjasama pada masa depan bagi berkhidmat kepada sasaran mewujud Komuniti Asia Timur.

Wang mencadangkan negara-negara Asia Timur berusaha bersama-sama membendung wabak, mendorong integrasi ekonomi, merancakkan transformasi ekonomi dan memupuk nilai Timur Asia yang berteraskan kedamaian, pembangunan, keadilan, demokrasi dan kebebasan yang juga merupakan nilai hidup bersama bagi segenap umat manusia.

Para hadirin bersepakat meningkatkan kerjasama penyelidikan dan pengeluaran vaksin COVID-19, menegaskan peri pentingnya mengekalkan amalan multileteralisme dan perdagangan bebas,  meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan penanganan perubahan iklim, dan menggalakkan pembangunan hijau dan lestari di rantau ini.

曹捷