Kebanyakan Anggota WHO Seru Henti Politikkan Isu Mengesan Asal Usul COVID-19

2021-08-04 14:43:24  CRI
Share with:

Kebanyakan negara anggota WHO dengan kata sepakat berpendapat permainan politik perlu dihentikan bagi menyediakan asas baik kepada usaha merungkai asal usul COVID-19.

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Michael Ryan berkata demikian pada sidang media WHO yang diadakan pada 30 Julai lalu.

Beliau berpendapat, kebanyakan negara anggota, termasuk China sedang mempertimbangkan tindakan lanjutan bagi mendorong proses penyelidikan terhadap asal-usul koronavirus baharu.

Beliau turut menyanjung tinggi prestasi China dalam usaha pencarian asal usul virus tersebut.

Sementara itu, Michael Ryan menegaskan, usaha yang berpandukan sains bagi mengesan asal usul COVID-19 perlu terus dijalankan. WHO menanti-nantikan kerjasama dan sokongan masyarakat antarabangsa dan penyelidikan terbabit dapat diteruskan di serata dunia.

吕清