Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik China-Turki

2021-08-04 12:03:10  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Turki, Erdogan telah saling mengirimkan kawat tahniah atas ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi dalam kawat tersebut menyatakan bahawa hubungan China-Turki berkembang secara stabil dalam tempoh 50 tahun lalu. Sejak terjalinnya hubungan kerjasama strategik pada 2010, kedua-dua negara mula mendorong kerjasama dan interaksi bilateral  dalam pelbagai bidang berkembang menurut jadual yang ditetapkan.

Menurut Xi, China mengambil berat terhadap perkembangan hubungan dengan Turki, dan bersedia berusaha bersama-sama Presiden Erdogan mengambil peluang sambutan ulang tahun ke-50 ini untuk meningkatkan persefahaman dan sokongan dalam isu melibatkan kepentingan teras kedua-dua pihak, menyelaraskan pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing, dan mendorong hubungan kerjasama strategik China-Turki terus berkembang maju demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Erdogan pula menyatakan hubungan Turki-China mempunyai asas baik yang bermanfaat bagi pembangunan yang saling menguntungkan. Pihaknya mementingkan perkembangan hubungan bilateral dan akan terus mendorong kerjasama strategik kedua-dua pihak.

张宪