Vaksin China Berkesan terhadap Varian Delta

2021-08-04 13:15:52  CRI
Share with:

Vaksin keluaran China berfungsi membekalkan perlindungan yang berkesan terhadap varian Delta koronavirus baharu yang menjadi paling ganas di seluruh dunia sekarang ini. Demikian dinyatakan pakar dan syarikat pengeluar vaksin baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sinopharm, Yang Xiaoming berkata, menerusi serum darah dari kumpulan yang memperoleh keimunan setelah menerima suntikan vaksin Sinopharm, boleh kelihatan peneutralan empat jenis varian termasuk Delta.

Ketua Pegawai Komersial Sinovac, Yang Guang pula berkata, pihaknya menyaksikan kesan ketara dalam ujian peneutralan serum darah dari mereka yang disuntik vaksin Sinovac dengan sampel varian Delta, Beta dan Gamma.

Anggota Kumpulan Pakar Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin, Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Bersama Dewan Negara, Shao Yiming menegaskan, vaksin keluaran China berkesan untuk mengelak dari terjangkit virus, mujarab terhadap pencegahan jangkitan semula, dan manjur sangat terhadap pencegahan simptom parah dan kematian.

高蕾