Mengapa Facebook Padamkan Hantaran Satria Mengenai Fort Detrick ?

2021-08-04 15:36:19  CRI
Share with:

Mengapa Facebook Padamkan Hantaran Satria Mengenai Fort Detrick ?_fororder_225122304_4044795735567768_6095720968190326416_n

Baru-baru ini Facebook hantar notifikasi pada Satria dan beritahu bahawa satu hantaran pada bulan Februari tahun lalu disifatkan sebagai melanggar “peraturan”.

Betul, Satria tak nafi yang kadang-kadang hantaran Satria mengundang kontroversi, tapi yang paling tidak boleh difahami, hantaran tersebut dah berusia lebih setahun!

Jadi, Satria segera klik pautan untuk memahami apa yang membuatkan ia tiba-tiba menjadi begitu sensitif.

Bila dah semak, hantaran itu sebenarnya adalah mengenai kemungkinan koronavirus berpunca dari Fort Detrick, iaitu makmal biologi Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat.

Pada masa itu Satria hanya berkongsi pandangan beberapa netizen di AS, dan ada daripada mereka telah pun disenyapkan oleh sesetengah pihak lebih awal.

Bagaimanapun, mungkin kerana hantaran Satria dalam bahasa Melayu, sebab itu Satria tidak dikenakan tindakan segera.

Bagaimanapun, seiring dengan kebimbangan semakin meningkat masyarakat antarabangsa terhadap kemungkinan tersebut, nampaknya pihak tertentu memperketat pemeriksaan terhadap suara yang tidak bersesuaian dengan agenda tertentu, dan hantaran Satria pada lebih setahun yang lalu akhirnya diambil tindakan.

Letak tepi tindakan FB tersebut sekejap. Soalan lebih besar adalah, adakah pandangan beberapa netizen AS tersebut adalah benar?

Menurut maklumat yang didedahkan oleh netizen AS, Fort Detrick tiba-tiba ditutupkan oleh CDC pada bulan Julai 2019.

Selepas itu, pneumonia yang tidak tahu puncanya tiba-tiba tercetus di komuniti bersekitaran pada hujung bulan itu.

Sehingga bulan September, kes yang dikatakan “pneumonia vaping” meningkat dua kali ganda di negeri tersebut.

Pada bulan Oktober, pelbagai badan AS mengadakan latihan bersama menyasarkan “penularan koronavirus yang mirip dengan SARS”.

Dalam bulan yang sama, kontinjen AS datang ke Wuhan untuk menyertai Sukan Ketenteraan Dunia CISM ke-7. Lima askar AS dilaporkan simptom penyakit jangkitan dan dihantar balik ke AS dengan menggunakan peasawat khas.

Satu dua bulan selepas itu, COVID-19 dikesan sebagai sejenis pneumonia berpunca koronavirus baharu oleh doktor China di Wuhan.

Ya, Satria tiada sebarang bukti khusus, tetapi tidak pula Satria bertindak seperti AS yang lagaknya seperti ada segala bukti ketika memfitnah mengenai konspirasi kebocoran makmal di Wuhan.

Paling parah ketika ini, kebimbangan terhadap kemungkinan kebocoran makmal di Fort Detrick sudah semakin meningkat dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Wartawan New York Times, Stephen Kinzer baru-baru ini menyatakan bahawa Fort Detrick bekerjasama dengan penjenayah perang dari Jepun selepas WWII untuk mendapat dokumen dan pengalaman biosenjata dan kini juga merupakan pusat pengajian biosenjata di AS.

Terlalu banyak rahsia disimpan di sana bahkan pernah beberapa kali berlaku kejadian kebocoran dalam sejarah.

Menurut beliau, penyiasatan terhadap Fort Detrick mesti akan menarik tumpuan.

Pada masa yang sama, terdapat lebih 25 juta netizen dari seluruh dunia telah menandatangani surat terbuka menyeru WHO mengadakan siasatan terhadap Fort Detrick.

Jika sebelum ini China telah mengizinkan kumpulan pakar WHO melawat makmal di Wuhan menghadapi konspirasi tanpa bukti, kini sudah sampai waktu bagi AS untuk memberi respons terhadap kebimbangan antarabangsa, iaitu dengan membuka Fort Detrick kepada pakar WHO supaya membantu melengkapi penyelidikan punca COVID-19.

Tunggu apa lagi?

张弘