RMB Digital Boleh Digunakan di Subway Beijing

2021-08-04 13:02:14  CRI
Share with:

Renminbi digital, iaitu matawang baharu yang diperkenalkan bank pusat China kini boleh digunakan untuk membeli tiket subway di Beijing, ibu negara Tembok Besar itu.

Difahamkan, kaedah pembayaran baharu ini merangkumi perkhidmatan pembelian tiket dan mengisi nilai kad pengangkutan di kiosk stesen subway di seluruh bandar Beijing.

Mengenai cara ia berfungsi, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR sama seperti Alipay dan WeChat Pay, iaitu dua platform e-bayar terkenal di China.

Digital Renminbi, atau Digital Currency Electronic Payment (DCEP), ialah wang digital yang dikeluarkan oleh Bank Rayat China. Ia mempunyai nilai yang sama dengan Renminbi dalam bentuk wang kertas dan syiling.

Pada bulan April 2020, ujian penggunaan wang digital dijalankan di empat bandar di China termasuk Shenzhen, Suzhou, Chengdu dan Kawasan Baharu Xiong'an untuk menambahbaik fungsi matawang.

Pada Oktober 2020, ujian telah diperluas ke enam bandar lagi, iaitu Shanghai, Hainan, Changsha, Xi'an, Qingdao dan Dalian.

Kerajaan tempatan bekerjasama dengan perusahaan swasta dalam pengedaran lebih 150 juta yuan (23.21 juta dolar Amerika) untuk merangsang penggunaan.

Menurut Bank Rakyat China, e-CNY merupakan kaedah pembayaran tambahan dan berbeza juga dengan alat pembayaran digital lain yang membantu untuk meningkatkan efisiensi serta keselamatan pembayaran digital.

Mu Changchun, Ketua Institu Pengajian Matawang Digital Bank Rakyat China berkata, walaupun mempunyai fungsi yang hampir sama dengan pembayaran digital, namun e-CNY mempunyai kelebihan sendiri.

Jelas beliau, selain mempunyai aset dengan keselamatan bertaraf tertinggi, e-CNY berasaskan nilai dan nilainya boleh dipindahkan tanpa membuka akaun bank.

Tambah Mu, ia boleh dibayar di luar talian dan sebaik sahaja pembayaran dibuat, jumlah akan dimasukkan ke akaun penerima dengan segera.

Penyelidik khas Institusi Pengajian Kewangan dan Pembangunan Negara, Dong Ximiao menyatakan bahawa matawang digital akan mengambil masa yang cukup panjang untuk menggantikan wang kertas di China.

Kata Dong, ia berikutan terdapatnya wilayah yang luas di China serta jurang pembangunan ekonomi.

Untuk rekod, satu kertas putih dikeluarkan oleh Bank Rakyat China pada 16 Julai menjelaskan kemajuan tercapai China dalam sektor matawang digital yang melibatkan rancangan, pengajian fungsi dan pengubahsuasian sistem.

Setakat ini, senario penggunaan rintis matawang digital telah melebihi 1.32 juta, manakala jumlah perniagaan merekodkan 34.5 bilion yuan dalam lebih 70 juta kali transaksi.

覃淼