ChinaJoy 2021 Labuh Tirai di Shanghai

2021-08-05 10:23:01  CRI
Share with:

Ekspo dan Persidangan Hiburan Digital China ke-19, yang  juga dikenali sebagai ChinaJoy, melabuhkan tirainya di Shanghai pada Isnin.

Meliputi kawasan pameran seluas 135 ribu meter persegi, ChinaJoy 2021 yang berlangsung selama empat hari ini menarik penyertaan lebih 500 syarikat dari dalam dan luar China, dengan lebih dari 4,000 mesin permainan interaktif dipamerkan.

Pada kali ini, pihak penganjur turut menawarkan pengalaman baharu kepada para pengunjung mengikut perkembangan teknologi industri permainan terkini.

Menurut Xu Jia, salah seorang peserta, kemajuan teknologi membantu pemain untuk merasai pengalaman yang lebih baik ketika mengikuti permainan yang menggabungkan realiti dengan dunia maya.

Difahamkan, ChinaJoy turut menambah kawasan pameran yang berbeza mengikut trend perkembangan industri permainan.

Kepelbagaian pameran bertema baharu yang melibatkan VR/AR, fiksyen sains dan permainan inovatif dilihat berjaya membawa pengalaman digital yang lebih kaya untuk menghiburkan pengunjung.

ChinaJoy menjadi salah satu pameran hiburan digital antarabangsa yang terunggul di dunia sejak kali keduanya mengumumkan penempatannya secara kekal di Shanghai pada tahun 2004.

Dalam tempoh 18 tahun ini, ChinaJoy telah mempromosikan pengembangan industri hiburan digital China sebagai simbol industri permainan China.

Sementara itu, Shanghai berusaha untuk membangunkan "ibu kota e-sukan global" dengan memanfaatkan sokongan kuat kerajaan tempatan terhadap industri berkenaan.

覃淼