Atlet AS Jauh Lebih Matang Daripada Tokoh Politk Negara Itu!

2021-08-05 16:46:03  CRI
Share with:

Atlet AS Jauh Lebih Matang Daripada Tokoh Politk Negara Itu!_fororder_捕获.JPG

Setelah selesai pertandingan alang imbangan sukan gimnastik, satu hantaran yang dibuat salah seorang netizen China dalam media sosial telah mendapat begitu banyak “like”.

Dalam gambar tersebut, pemenang pingat emas Guan Chenchen dan pemenang pingat perak Tang Qianjing berpeluk menyambut kemenangan, sementara di belakang mereka pula adalah pemenang pingat gangsa dari AS, Simone Biles dan rakan sepasukannya, atlet keturuanan Asia Sunisa Lee yang kelihatan juga sangat gembira yang sama-sama nak menyampaikan ucapan tahniah kepada atlet China.

Ramai netizen komen, inilah naluri manusia yang tidak dicemari dengan sentimen kewarganegaraan mahupun warna kulit.

Ketika melihat Simone Biles kembali ke arena alang imbangan, Satria pernah mendedikasikan sebuah hantaran untuk menyatakan tahniah kepada ‘putri gimnastik” ini yang berjaya mengatasi masalah fizikal setelah menarik diri dari beberapa acara dulu.

Sebagai legenda dalam bidang gimnastik, meskipun hanya memenangi pingat gangsa, beliau tetap berasa gembira dengan pencapaian lawannya yang jauh lebih muda.

Inilah semangat Olimpik sebenar!

Sementara itu, Sunisa Lee pula kelihatan selalu memberi tumpuan ketika giliran Guan Chenchen dan ketika Guan Chenchen menyelesaikan gilirannya dengan penuh cemerlang, Sunisa sempat dirakam berloncat sambil bertepuk tangan.

Bukan itu sahaja, beliau bahkan muat naik gambar bersama Guan Chenchen selepas pertandingan di Instgram dan menyatakan “I’m so proud”.

Jika anda nak tahu, persabahatan mereka bermula pada tahun 2019. Melalui hantaran Sunisa dulu, Satria berasa Sunisa sangat menyayangi Guan macam adik perempuannya sendiri.

Peneraju dari CMG China pula menyatakan dalam siaran langsung bahawa “hasil dan kedudukan memang penting, tapi persabahatan manis antara mereka serta sikap saling menghormati adalah lebih mengharukan dalam semangat Olimpik.

Tertanya, ini adalah bukti yang kukuh bahawa sukan mampu menyatukan kita semua.

Nampaknya berbanding tokoh politik di Washington, atlet AS lebih memahami bagaimana menghadapi persaingan dengan China.

Tiada atlet mampu menduduki No.1 dalam semua bidang untuk selama-lamanya. Itu fakta.

Simone Biles adalah legenda yang telah mendominasikan bidang gimnastik selama 8 tahun.

Tapi ia memahami kini sudah sampai waktu memberi peluang kepada atlet yang lebih muda. Ada media AS mendedahkan Simone Biles telah mengandung, seluruh dunia pula bersedia menyampaikan tahniah atas permulaan baharu bagi Simone Biles.

Sunisa Lee gembira atas kejayaan sabahatnya dari China di arena alang imbangan.

Bagaimanapun, beliau sendiri telah membantu kontinjen memenangi pingat emas gimnastik all-round.

Berjuang sedaya upaya untuk kejohanan dalam bidangnya serta mampu berasa gembira atas kejayaan orang lain dalam bidang lain memperlihatkan Sunisa Lee menjadi kesukaan umum di China.

Begitu juga persaingan antara China dengan AS dalam pelbagai bidang.

China memang menjadi cabaran bagi AS dalam beberapa bidang, tapi majoriti orang China tidak berpendapat AS akan ditewaskan dalam jangka pendek.

Bagi AS, untuk menghadapi cabaran China, apa yang perlu mereka lakukan adalah berusaha menonjolkan keunggulannya, bukanlah menyekat dan membanteras China.

Ambil contoh masalah siasatan punca COVID-19.

Dulu, Presiden AS Joe Biden mengarahkan badan perisikan AS menyediakan keputusan penyiasatan mengenai punca COVID-19 dalam 90 hari.

Seluruh dunia segera ikuti apa yang dimahui AS.

Pada tahun 2003, Setiausaha Negara AS pada masa itu Colin Powell menunjukkan sebotol “serbuk cuci” yang disediakan oleh badan perisikan AS di Majlis Keselamatan PBB untuk memulakan Perang Iraq.

Bulan lalu, Setiausaha Negara AS Antony Blinken muat naik gambar mengunjungi Colin Powell dan menyatakan selalu mendapat faedah dari “wisdom” Powell.

Ada netizen komen dengan gambar Powell menunjukkan “bukti” di PBB pda 18 tahun yang lalu dan menyatakan itulah “wisdom” Powell.

“Wisdom” ini memang diwarisi bahkan dinaiktarafkan oleh tokoh politik AS

Pengerusi “China Task Force” yang juga anggota utama Parti Republikan dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS Michael McCaul baru-baru ini menyebarkan laporan tidak berasas mengenai koronavirus baharu kebocoran dari makmal virus di Wuhan.

Tengok, pembohongan mereka sekarang langsung tak memerlukan sebotol serbuk cuci!.

Yang lebih hebat, meskipun menunjukkan “serbuk cuci”, pembanterasan ketenteraan terhadap Iraq tidak diluluskan di Majlis Keselamatan PBB, Perang Iraq dicetuskan oleh AS dan negara-negara sekutunya tanpa mandat PBB.

Tapi kali ini, AS berjaya memaksa Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros mengubah pendiriannya, menafikan keputusan laporan yang disediakan oleh para pakar antarabangsa WHO sendiri, serta menuntut China sekali lagi membuka makmal untuk siasatan kebocoran.

Perubahan sikap Tedros telah mengejutkan ramai pakar WHO dan diplomat di Geneva.

Ada dua orang diplomat yang tidak mahu mendedahkan identitinya memberitahu majalah POLITICO, Tedros berlutut di depan AS untuk menyambungkan penggalnya sebagai Ketua Pengarah WHO.

Ini macam dalam arena pertandingan antarabangsa, AS bukan hanya mengambil langkah kotor mengganggu pelawan China, bahkan turut memberi tekanan kepada pengadil acara supaya mengubah keputusan

Sangat mengecewakan!

张弘