Siapa Yang Bersubahat Dengan Politikus AS?

2021-08-05 13:45:10  CRI
Share with:

Agensi Berita Xinhua China semalam telah menerbitkan satu rencana yang bertajuk "Siapa Yang Bersubahat Dengan Politikus Amerika Syarikat (AS)? - Kebenaran Campur Tangan AS Dalam Hal Ehwal China Melibatkan Isu Hong Kong".

Menurut rencana itu, setelah Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) membuat keputusan untuk menyempurnakan sistem pemilihan di Hong Kong pada 11 Mac, Kongres AS mula bermain api fitnah, dan seminggu kemudian mengumumkan apa yang disebut 'sekatan' terhadap 24 orang pegawai China, termasuk 14 orang Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC.

Ekonomi dan hidup rakyat Hong Kong terjejas teruk dalam hura-hara akibat peristiwa 'Pindaan terhadap Ordinan Orang Buruan' yang bermula pada Jun 2019, terbukti dengan munculnya pertumbuhan negatif untuk kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun lalu, antaranya perhotelan  dan jualan runcit masing-masing menurun 14.3% dan 11.1%. Bagaimanapun, masyarakat tempatan pulih stabil dalam tempoh setahun lalu setelah Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong berkuatkuasa pada Jun 2020, terbukti dengan jumlah kes jenayah yang berkurang 10%, dan keluaran tempatan kasar yang meningkat 8%.

Dalam sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), lebih 70 buah negara memilih mendesak pihak terbabit menghentikan campur tangan dalam urusan dalaman China, sedangkan terdapat 20 lagi menyokong pendirian dan langkah China dalam menangani isu Hong Kong.

Menurut rencana tersebut, segelintir politikus AS pura-pura memperhatikan demokrasi Hong Kong sebenarnya berniat mencampur tangan, pura-pura memprihatin kepentingan penduduk Hong Kong sebenarnya berniat mengaut keuntungan politik sendiri dan mengekang pembangunan China.

高蕾