Ucapan Xi kepada Persidangan Pertama Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin COVID-19

2021-08-05 21:28:37  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan tertulis kepada Persidangan Pertama Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin COVID-19 yang diadakan hari ini.

Xi menyatakan bahawa ketika menghadiri Sidang Kemuncak Kesihatan Global pada bulan Mei lalu, beliau telah mengemukakan lima langkah China untuk menyokong usaha sejagat melawan wabak COVID-19, antaranya termasuk menganjurkan penubuhan Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin COVID-19, agar negara penyelidik dan pengeluar vaksin, perusahaan berkenaan dan pihak berkepentingan dapat bersama-sama melakukan pembincangan untuk mendorong pengagihan vaksin secara adil dan rasional di seluruh dunia.

Pada masa ini, wabak COVID-19 melanda semula dunia ini dengan munculnya varian yang bermacam-macam.

Xi berharap persidangan kal ini mencapai perkembangan baharu dalam pemerolehan vaksin secara saksama di seluruh dunia, menambah tenaga penggerak baharu kepada kerjasama dan perpaduan negara membangun dan menyumbang kepada usaha manusia memerangi wabak.

Xi menekankan, China yang sentiasa berkonsepkan komuniti berkongsi kesihatan dan sanitasi umat manusia, sudi membekalkan vaksin kepada dunia luar terutamanya negara-negara membangun, dengan aktif menjalankan pengeluaran vaksin secara usaha sama, di samping terus dengan sedapat mungkin membantu negara-negara membangun dalam perjuangan mengatasi wabak.

Pada tahun ini, China akan berusaha agar membekalkan 2 bilion dos vaksin kepada seluruh dunia, dan memutuskan akan menyumbang RMB100 juta (RM65 juta) kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX) untuk digunakan dalam pengagihan vaksin kepada negara-negara membangun. Kami bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mendorong proses kerjasama antarabangsa dalam bidang vaksin COVID-19 dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

曹捷