China Capai Kemajuan Mampan dalam Pembangunan Hijau

2021-08-05 13:27:29  CRI
Share with:

China berjaya mencapai kemajuan mampan dalam pembangunan hijau, dengan keluasan kawasan hakisan tanah menyusut, sementara kawasan hutan semakin luas.

Dengan terdapatnya 220 juta hektar hutan di China, ia sekali gus menjadikannya sebagai negara dengan kadar pertumbuhan sumber hutan yang paling pantas di dunia sepanjang dua dekad ini.

Untuk enam bulan pertama tahun ini pula, kualiti udara dan air turut meningkat ketara.

Menurut data yang diumumkan Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China pada hujung Julai, tahap kepekatan purata zarah udara halus PM2.5 yang berbahaya adalah 34 mikrogram setiap meter padu iaitu menurun 2.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Manakala, kepekatan ozon pula dicatatkan 138 mikrogram setiap meter padu, menurun 2.1 peratus.

Sementara itu, statistik menunjukkan bahawa 81.7 peratus kualiti air berada pada Gred III ke atas, meningkat 1.1 mata peratusan  berbanding tahun lalu.

Selain itu, jumlah nilai keluaran industri perhutanan China dijangka mencapai RMB 3.13 trilion (RM 1.97 trilion) pada setengah tahun pertama tahun ini, meningkat 20.31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Pada bulan Februari, Dewan Negara China telah mengeluarkan panduan untuk mempercepat pembangunan ekonomi hijau dan rendah karbon.

Pada bulan Jun, China melancarkan Pusat Perniagaan Teknologi Hijau peringkat kebangsaan yang pertama di bandar Hangzhou.

Pada bulan Julai pula, pasaran karbon kebangsaan China mula beroperasi, yang juga merupakan langkah penting untuk mengurangkan jejak karbon dan merealisasikan matlamat pelepasan.

胡星