Apa Kaitan Fort Detrick dengan Wabak yang Tercetus di Komuniti Persaraan Greenspring?

2021-08-05 11:50:14  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada 26 Julai menyatakan bahawa sejak sekian lama kritikan terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan isu pencarian asal usul dan tuntutan untuk menyiasat makmal Fort Detrick daripada masyarakat antarabangsa makin bertambah. AS sepatutnya mengambil sikap yang telus dan bertanggungjawab, mengundang pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke negaranya untuk menyiasat makmal itu bagi memberikan kebenaran kepada dunia. Berapa banyak rahsia yang tersembunyi dalam pangkalan penyelidikan biokimia Detrick? Kali ini kami akan menceritakan wabak yang tercetus di sebuah komuniti persaraan Greenspring yang terletak di kaunti Fairfax, negeri Virginia, AS pada tahun 2019.

Pada 11 Julai tahun 2019, biro kesihatan kaunti Fairfax mengeluarkan taklimat yang menyatakan bahawa seramai 54 daripada 263 orang yang tinggal di sebuah pangsapuri di komuniti persaraan Greenspring, didapati dijangkiti penyakit sistem pernafasan, kemudian 23 orang dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan dua orang maut.

Menurut maklumat yang diumumkan, kumpulan pesakit tersebut dilaporkan mempunyai simptom seperti demam, batuk, sakit badan, asma, suara serak, dan kelemahan badan, yang biasanya boleh sembuh setelah menerima rawatan selama 5 hingga 7 hari, tetapi juga mungkin berubah menjadi penyakit yang lebih teruk yang boleh mengancam keselamatan nyawa seperti pneumonia. Semua simptom ini sangat selaras dengan COVID-19.

Apa Kaitan Fort Detrick dengan Wabak yang Tercetus di Komuniti Persaraan Greenspring?_fororder_d

Pada 12, Julai, iaitu hari kedua setelah tercetusnya wabak itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC)turut menghantarkan sepucuk surat pemerhatian kepada makmal Fort Detrick yang mempunyai perjalanan kereta hanya satu jam dari Greenspring.

Pada 15 Julai, jumlah kematian di Greenspring mencapai tiga orang dan wabak didapati juga berlaku di sebuah komuniti yang lain.CDC segera mengeluarkan arahan supaya makmal itu ditutup dengan alasan tidak mempunyai sistem yang mencukupi untuk merawat air yang terpakai. Pada 18 Julai, setelah mengesan terdapat 'kuman' dalam 17 sampel, CDC secara rasmi 'menangguhkan' lesen Laboratorium Fort Detrick untuk mengambil bahagian dalam "Program Pembuatan Dosej Terpilih Persekutuan". Ngerilah, koronavirus baharu tersenarai antara 67 jenis dosej yang terpilih dalam program itu.

曹捷