Netizen AS Sokong Pengesanan Asal Usul COVID-19 di Sejumlah Negara

2021-08-06 13:16:10  CRI
Share with:

Kebanyakan pelayar internet Amerika Syarikat (AS) menyokong saranan China untuk mengesan asal usul COVID-19 di sejumlah tempat dalam lingkungan sejagat.

Ada yang berkata, menurut majalah "Nature", tempat asal usul virus mungkin bukan kawasan yang menyaksikan munculnya kes pertama. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sepatutnya menjalankan penyiasatan berkenaan di lima negara yang mempunyai kes jangkitan yang paling banyak.

Netizen AS Sokong Pengesanan Asal Usul COVID-19 di Sejumlah Negara_fororder_as

Ada juga yang berkata, koronavirus baharu telah menular di AS seawal tahun 2019. Kenapa Washington menolak penyiasatan WHO di Kubu Detrick? Sebab itulah AS berangan-angan menyasarkan China untuk menjadikannya sebagai "kambing hitam".

Netizen AS Sokong Pengesanan Asal Usul COVID-19 di Sejumlah Negara_fororder_as2

高蕾