Masyarakat AS Seru Rundingan Semula dengan China

2021-08-06 12:24:27  CRI
Share with:

Wakil dari 36 buah pertubuhan perusahaan yang berpengaruh besar di Amerika Syarikat (AS) semalam telah mengirim surat kepada Wakil Perdagangan Katherine Chi Tai dan Setiausaha Jabatan Perbendaharaan AS, Janet Louise Yellen untuk menyeru kerajaan Joseph Biden mengadakan semula rundingan dengan China dan mengurangkan tarif import demi pertumbuhan ekonomi AS.

Menurut surat tersebut, pihak China telah mencapai “piawaian asas dan komitmen yang penting” dalam perjanjian perdagangan peringkat pertama 2020 termasuk membuka pasaran kepada agensi kewangan AS dan melonggarkan sebahagian penyeliaan dan kawalan terhadap produk pertanian AS. Oleh itu, kerajaan AS perlu mengutamakan kepentingan pekerja negara sendiri tatkala menggubal dasar, dan membatalkan tarif  yang menyebabkan peningkatan kos yang dilihat menjejaskan kepentingan AS.

张宪