Industri Automobil Tenaga Alternatif Masuk Berkembang Pesat

2021-08-06 15:21:48  CRI
Share with:

Industri automobil tenaga alternatif di China menyaksikan perkembangan pesat sejak awal tahun ini.

Difahamkan, jumlah pengeluaran dan jualan automobil tenaga alternatif berjaya mencecah 1.2 juta pada setengah pertama tahun ini, iaitu  meningkat dua kali ganda berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

Menurut Naib Ketua Setiausaha Persatuan Pengajian Kejututeraan Automobil China, Hou Fu, kesediaan pengguna untuk membeli automobil tenaga alternatif bukan lagi tergantung kepada subsidi atau dasar insentif sahaja.

Jelas beliau, faktor prestasi dan harga sesebuah automobil jenis itu juga memainkan peranan.

Hou menambah, kereta elektrik (EV) kini turut mempunyai daya saing yang setanding dengan kenderaan yang menggunakan petrol.

Mengikut statistik, jumlah eksport automobil tenaga alternatif China mencatat 82 ribu pada setengah tahun pertama tahun ini dan bertambah 342 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Automobil tenaga alternatif menjadi bidang penting bagi industri pembuatan kenderaan China meneroka pasaran antarabangsa serta penggerak penting yang menjadikan China sebagai negara kuat dalam industri pembuatan kenderaan.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Industri dan Maklumat, jumlah automobil tenaga alternatif di China kini mencatat angka 6 juta.

 Jumlah pengeluaran dan jualan automobil tenaga alternatif diunjur mencapai 2 juta pada tahun ini. 

徐国玮