Kenyataan Bersama Forum Antarabangsa Vaksin COVID-19

2021-08-06 14:06:01  CRI
Share with:

Negara yang menyertai persidangan pertama Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin COVID-19 iaitu Argentina, Brazil, Chile, China, Kolombia, Dominica, Ecuador, Mesir, Hungaria, Indonesia, Kenya, Malaysia, Mexico, Maghribi, Pakistan, Filipina, Serbia, Afrika Selatan, Sri-lanka, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Uzbekistan telah mengeluarkan kenyataan bersama semalam.

Dalam kenyataan itu, para peserta menganggap penularan wabak COVID-19 adalah cabaran bersama yang dihadapi sedunia, dan kita harus bersatu-padu dan meningkatkan sinergi untuk mengatasinya. Vaksin COVID-19 sebagai produk awam dunia akan dibekalkan dengan sedapat mungkin kepada negara-negara membangun terutamanya negara yang paling ketinggalan.

Pelbagai negara diseru untuk meningkatkan mekanisme kerjasama dan koordinasi antarabangsa, mesti melepaskan amalan  'nasionalisme vaksin', membatalkan sekatan terhadap pengeksportan vaksin dan bahan pengeluaran, dan terus mengambil langkah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin di negara membangun.

Para peserta telah mendengar laporan wakil daripada syarikat pengeluaran vaksin dan mengalu-alukan hasil kerjasama mereka, dan berazam bertindak bersama-sama bagi terus mendorong pengagihan vaksin secara saksama, mampu diperolehi, tepat pada waktunya dan rasional.

曹捷