Siasat Negara yang Dilaporkan Kes Jiangkitan Lebih Awal daripada Wuhan

2021-08-07 14:16:28  CRI
Share with:

Menurut laporan akhbar South China Morning Post (SCMP) pada 4 Ogos lalu, ketua kumpulan pakar China yang menyertai penyelidikan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang pengesanan asal usul COVID-19, Liang Wannian menyatakan bahawa kerja selanjut tentang penyelidikan asal usul COVID-19 seharusnya menyasarkan negara yang pernah dilaporkan didapati virus dalam sampel binatang, alam sekitar dan manusia sebelum tercetusnya COVID-19 di Wuhan pada tahun 2019.

Liang ketika diwawancara oleh SCMP menyatakan bahawa koronavirus baharu berkemungkinan dijangkiti orang di tempat bukan China terlebih dahulu. Beliau boleh memetik banyak hasil penyelidikan yang menyokong dugaannya, iaitu koronavirus baharu berkemungkinan telah menyebar di Eropah atau AS seawal bulan November tahun 2019. 

曹捷