“Lebih bersatu” dimasukkan dalam moto Olimpik menyusuli “lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat”.
Keputusan berkenaan dibuat dalam sidang pleno ke-138 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang berlangsung pada 20 Julai lalu.
Ini merupakan kali pertama moto Olimpik diubah suai sejak ditentukan atas saranan Pierre De Coubertin yang digelar "bapa Olimpik moden" pada 1894.
Semangat “lebih bersatu” terus disemarakkan atlet dari seluruh dunia yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo.