Import-Eksport China Tingkat 24.5%

2021-08-08 14:48:56  CRI
Share with:

Pada Januari hingga Julai 2021, jumlah import-eksport kargo China merekodkan RMB21.34 trilion (RM13.88 trilion), meningkat 24.5% berbanding tempoh yang sama tahun 2020, dan naik 22.3% berbanding 2019.

Demikian data statistik yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam semalam.

Antaranya, jumlah eksport mencatat RMB11.66 trilion (RM7.58 trilion), bertambah 24.5% berbanding tahun 2020 dan naik 23% berbanding 2019. Manakala, jumlah import mencecah RMB9.68 trilion (RM6.3 trilion), meningkat 24.4% berbanding tahun 2020 dan naik 21.4% berbanding 2019. Dengan itu, China mewujudkan lebihan dagangan RMB1.98 trilion (RM1.54 trilion), menambah 24.8% berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Dari segi rakan dagang, China berdagang dengan tiga rakan terbesar, iaitu ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS), dengan jumlah keseluruhan masing-masing mencapai RMB3.12 trilion (RM2.03 trilion), RMB2.96 trilion (RM1.93 trilion) dan RMB2.62 trilion (RM1.7 trilion), masing-masing naik 24.6%, 23.4% dan 28.9%. Sementara itu, jumlah perdagangan antara China dengan negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan meningkat 25.5%, dengan melepasi RMB6.3 trilion (RM4.1 trilion).

Dimaklumkan lagi, 59% keseluruhan eksport China disumbang oleh produk mekanik dan elektronik yang bertumbuh pada kadar 25.5% dalam tempoh itu dengan nilainya mencatat RMB6.88 trilion (RM4.48 trilion).

高蕾