Hari Wushu Sedunia Disambut Secara Dalam Talian

2021-08-08 14:51:34  CRI
Share with:

Hari Wushu Sedunia Disambut Secara Dalam Talian_fororder_8598423274321327533

Hari Wushu Sedunia yang bertemakan “Wushu: Sihat·Masa Depan” telah disambut oleh Persatuan Wushu Antarabangsa (IWUF) semalam yang sejak sekian lama komited mempromosi konsep meningkatkan kekuatan fizikal melalui senaman Wushu, menyemarakkan semangat Wushu yang berpandukan perjuangan konsisten, dan menyuntik tenaga positif terhadap usaha membendung wabak COVID-19 di seluruh dunia buat masa kini.

Pengerusi IWUF, Gou Zhongwen mengalu-alukan rakyat seluruh dunia menyertai aktiviti sambutan Hari Wushu Sedunia ke-4 untuk menghayati silat tradisional Cina yang penuh daya tarikan dan mempesona ini.

Gou Zhongwen berkata, semakin ramai orang memilih Wushu ketika mahu bergerak badan di sebalik penularan pandemik COVID-19 pada masa kini. Menurut beliau, peminat Wushu seluruh dunia digalakkan bersama-sama menyambut Hari Wushu Sedunia melalui pelbagai aktiviti kreatif seperti persembahan, pameran, pertandingan, ceramah, forum, cabaran aksi dan perkongsian cerita.

Seawal 28 Sep 2017, resolusi “Hari Wushu Sedunia” diluluskan dalam perhimpunan wakil IWUF ke-14, yang turut menetapkan sambutan hari tersebut pada hari Sabtu dalam minggu yang melibatkan 8 Ogos setiap tahun. 

曹捷