Kes Tembakan di Houston, 1 Maut

2021-08-09 15:35:17  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di sebuah bar di Houston Amerika Syarikat (AS), pada awal pagi Ahad, mengakibatkan seorang maut dan enam lagi cedera.

Ketua polis kaunti Harris bandar Houston, Ed Gonzalez dalam akaun media sosialnya menyatakan, dua kumpulan bergaduh di bar berkenaan sebelum beberapa orang mengeluarkan senjata dan melepaskan tembakan. Hubungan antara mangsa terlibat masih belum diketahui.

Setakat ini, tiada orang yang didakwa kerana kes tersebut.

徐国玮