Media Asia:Daya Tarikan Sukan Olimpik Tokyo Di Sebalik COVID-19

2021-08-09 13:26:12  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Musim Panas ke-32 telah melabuh tirainya di Tokyo, Jepun malam semalam. Media utama pelbagai negara Asia telah memberikan pujian tinggi terhadap temasya sukan yang diadakan semasa wabak COVID-19 masih melanda seluruh dunia.

Media Asia:Daya Tarikan Sukan Olimpik Tokyo Di Sebalik COVID-19_fororder_jepun

Akhbar Nikkan Sports Jepun melaporkan bahawa semua pertandingan berlangsung tanpa penonton di pelbagai gelanggang Sukan Olimpik Tokyo untuk tujuan membendung penularan wabak. Ini pernah menyebabkan sesetengah orang menganggap temasya sukan ini tidak mempunyai rohnya.Namun, menurut ucapan Pengerusi Jawantankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC),Thomas Bach, dengan adanya perjuangan para atlet, Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dapat dihidupkan sebagai sebuah temasya yang mempunyai roh yang benar-benar meriah.  

Media Asia:Daya Tarikan Sukan Olimpik Tokyo Di Sebalik COVID-19_fororder_indonesia

Agensi Berita ANTARA menyiarkan sebuah rencana yang menyatakan bahawa walaupun Sukan Olimpik Tokyo kekurangan sorakan para penonton, tetapi ini pun menjadi pengalaman baharu bagi para atlet. Bagi para peminat sukan yang setia dapat menonton pertandingan dalam talian bersama-sama, dan suasana dalam ruang maya itu sama meriah dengan tapak kejadian.

Media Asia:Daya Tarikan Sukan Olimpik Tokyo Di Sebalik COVID-19_fororder_thai

Agensi Berita Thailand dalam rencananya menyatakan bahawa kelangsungan Sukan Olimpik Tokyo membuktikan bahawa penularan wabak COVID-19 boleh dikawal, sekali gus menyediakan rujukan dan inspirasi kepada negara lain.

曹捷