Pembuatan kapal merupakan industri istimewa di bandar Yuanjiang yang terletak di pinggir tasik Dongting, provinsi Hunan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, transformasi dan penaiktarafan berjaya dipergiatkan dalam sektor pembuatan kapal di Yuanjiang, terbukti dengan peningkatan kemampuannya dalam menghasilkan produk yang pelbagai jenis termasuk kapal pesiar, kapal berkuasa alternatif dan kapal kontena.