Lagi Vaksin Sinovac China Tiba di Myanmar

2021-08-09 14:07:10  CRI
Share with:

Lagi Vaksin Sinovac China Tiba di Myanmar_fororder_myanmar1

Kumpulan kedua vaksin Sinovac China berjumlah sejuta dos yang ditempah oleh kerajaan Myanmar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada Ahad.

Setakat ini, China telah menyediakan sebanyak 4.5 juta dos vaksin COVID-19 kepada Myanmar. Antaranya, 2 juta dos vaksin Sinovac ditempah oleh kerajaan negara itu.

Baru-baru ini, China telah menghantar banyak bahan perubatan kepada Myanmar, termasuk mesin penghasil oksigen, mesin ventilator, oksigen cecair dan ubat-ubatan, bagi membantu negara itu memerangi wabak.

胡星