BRI, Dorongan Kuat Bagi Pemulihan Ekonomi Dunia

2021-08-09 13:08:34  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport China ke negara-negara yang terlibat dalam 'Inisiatif Jalur dan Laluan' (BRI) dicatatkan sebanyak RMB6.3 trilion (RM4.09 trilion) dalam tujuh bulan yang lepas.

Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), jumlah tersebut menyaksikan peningkatan 25.5 peratus berbanding tempoh sama tahun 2020.

Kerjasama BRI ini dipercayai dapat menggalakkan komunikasi dan pertukaran dunia, di samping memberi dorongan kuat kepada pemulihan ekonomi global semasa.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komprehensif Kementerian Perdagangan China, Guo Tingting menyatakan, kerjasama antara China dengan negara-negara BRI sedang berlangsung pesat dan stabil pada separuh pertama tahun ini.

Jelasnya, setakat ini, sejumlah 71 perusahaan telah berdaftar di Taman Perindustrian China-Belarus (Great stone), projek-projek lain termasuk HSR Jakarta-Bandung, Landasan Kereta Api Hungary-Serbia, Hub Colombo telah mencapai kemajuan positif.

Tambah Guo, sejumlah 140 negara telah menandatangani kontrak kerjasama BRI dengan China, dan mendapat peluang dan kepentingan besar dalam lapan tahun kebelakangan ini.

Untuk rekod, jumlah perdagangan antara China dengan rakan-rakan BRI telah melebihi USD9.2 trilion (RM38.7 trilion), manakala pelaburan langsung perusahaan China di negara yang berkenaan telah melebihi USD130 bilion (RM548 bilion).

Bekas Setiausaha Perdagangan Asing Brazil, Tatiana Lacerda Prazeres menyatakan, BRI adalah penting terhadap pemulihan ekonomi ketika ini.

Kata beliau, BRI dapat mendorong pembangunan ekonomi, sementara pelaburan dalam infrastruktur dan kesalinghubungan pula disifatkan sebagai dapat membantu pelbagai negara pulih dari wabak COVID-19.

梁靓