China Mahu Kukuh Kerjasama dengan Singapura Perang COVID-19

2021-08-09 12:02:33  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena sambutan ulang tahun ke-56 penubuhan Republik Singapura hari ini.

Li menyatakan bahawa Singapura telah menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya sendiri di bawah pimpinan kerajaan dan usaha seluruh rakyat dalam 56 tahun lalu.

Beliau mengatakan, kini, situasi wabak COVID-19 masih serius, dan China komited terus memperkukuh kerjasama dengan Singapura dalam usaha memerangi wabak dan meningkatkan kerjasama agar menggalakkan perkembangan hubungan rakan kerjasama dalam segenap aspek China-Singapura yang bersesuaian dengan senario semasa, sekali gus memberikan sumbangan kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.

覃淼