China Pastikan Kemudahan Riadah Dapat Diakses Orang Ramai

2021-08-09 13:04:43  CRI
Share with:

 Bandar Shenzhen di provinsi Guangdong memperkenalkan perkhidmatan sistem penempahan kemudahan bersukan secara dalam talian kepada masyarakat tempatan pada Ahad.

Difahamkan, kemudahan sedia ada di 57 buah sekolah rendah dan menengah di daerah Futian, Shenzhen dibuka kepada umum secara percuma.

Antara kemudahan yang dapat diakses adalah termasuk 47 gelanggang olahraga, 33 padang bola sepak dan 108 gelanggang bola keranjang.

Peminat sukan boleh membuat tempahan dengan melayari platform berkenaan menerusi hanya satu klik sahaja sebelum menikmati kemudahan riadah tersebut yang di bawah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Selain itu, kemudahan gelanggang di 20 buah sekolah lagi di daerah itu juga akan dibuka kepada orang ramai mulai September depan.

China Pastikan Kemudahan Riadah Dapat Diakses Orang Ramai_fororder_xxx

Demi memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat, bandar Beijing turut bertungkus-lumus menambah baik kemudahan riadah untuk memastikan penduduk tempatan dapat menjalankan aktiviti sukan di kawasan sekitarnya.

Terletak di daerah Tongzhou, Taman Central Green Forest yang dahulunya merupakan gudang penyimpanan bahan industri, kini menampilkan wajah dan pengisian baharu serta lebih menarik dan dekat dengan masyarakat.

China Pastikan Kemudahan Riadah Dapat Diakses Orang Ramai_fororder_xxx2

Dibuka kepada umum sejak Jun, ia dikunjungi oleh orang awam yang datang untuk beriadah, seperti bermain bola keranjang, badminton dan tenis.

Menurut perancangan, Beijing akan menyiapkan sebanyak 360 kemudahan bersukan antaranya gelanggang bola keranjang, padang bola sepak, laluan pejalan kaki dan gim dalam tempoh tahun ini.

China menyambut Hari Riadah Kebangsaan pada Ahad, yang ditetapkan selepas Sukan Olimpik Beijing 2008 dirasmikan pada 8 Ogos 13 tahun lalu.

董筱娉