Kualiti Udara Beijing Rekodkan Catatan Baik

2021-08-10 14:14:32  CRI
Share with:

Purata bacaan kepekatan habuk halus PM2.5 di Beijing adalah 16 mikrogram setiap meter padu pada Julai, merekodkan catatan terbaik dalam sejarah.

Demikian diumumkan oleh Biro Ekologi dan Alam Sekitar Beijing semalam.

Menurut biro itu, terdapat 26 hari mencatatkan kualiti udara "amat baik" atau "baik", mewakili 83.9 peratus daripada sepanjang bulan.

Ini juga rekod PM2.5 yang terendah selepas 20 mikrogram setiap meter padu yang dicatatkan pada Mei lepas dan 18 mikrogram pada Jun lepas.

胡星