CPI China Naik 1.0% Julai

2021-08-10 13:07:02  CRI
Share with:

Menurut data terkini Biro Statistik Negara China (NBS), indeks harga pengguna (CPI) dan indeks harga pengeluar (PPI) pada Julai masing-masing menyaksikan peningkatan 1.0% dan 9.0% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ahli statistik kanan NBS, Dong Lijuan menyatakan bahawa usaha pencegahan dan kawalan wabak serta pencegahan bencana dijalankan dengan baik di negara ini, dasar menstabilkan harga dan bekalan dilaksanakan, selain pasaran beroperasi secara teratur pada keseluruhannya, sementara pembekalan dan permintaan pasaran adalah stabil.

Menurut unjuran, CPI akan mengekalkan trend kenaikan mapan sepanjang tahun ini, manakala tahap inflasi dapat dikawal, dan kesannya terhadap dasar monetari adalah terhad.

覃淼