Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bukanlah platform membincangkan isu Laut China Selatan. Oleh itu, China membantah keras kenyataan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu berkenaan.
Demikian dinyatakan oleh Kuasa Usaha China ke PBB, Dai Bing dalam perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai keselamatan maritim yang diadakan semalam.
Dai berkata, sebagai negara di luar perairan Laut China Selatan, AS sering menghantar kapal perang ke wilayah itu dan melaga-lagakan hubungan pelbagai negara terlibat. Inilah ancaman terbesar bagi kestabilan perairan tersebut.
Beliau menambah, kerjasama keselamtan maritim harus dijalankan berdasarkan konsep komuniti berkongsi nasib, menghormati undang-undang antarabangsa, berkhidmat kepada pembangunan sosioekonomi negara di pesisir, sera terus membanteras lanun.
Dai menambah bahawa keputusan Jepun mengenai pelepasan air tercemar dari loji nuklear Fukushima tidak bertanggungjawab. Tokyo digesa menarik balik keputusan salah itu supaya mengelakkan kesihatan rakyat dan persekitaran ekologi laut global terjejas.