AS Paling Gagal dalam Memerangi Wabak

2021-08-10 13:13:25  CRI
Share with:

AS Paling Gagal dalam Memerangi Wabak_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500031%5c1%5c9500031_1_1_77fb4b63-fe40-42ba-993e-73c0e442141b

Apabila pandemik COVID-19 masih menular di seluruh dunia, beberapa media dari Amerika Syarikat (AS) memberi gelaran kepada negara itu sebagai "negara paling berjaya dalam memerangi wabak".

Pada Isnin ini, beberapa kumpulan pemikir telah mengumumkan laporan di Beijing, mendedahkan keadaan sebenar AS memerangi wabak AS dan menyifatkannya negara yang paling gagal dalam melawan wabak.

Laporan yang bertajuk "AS paling berjaya? Hakikat AS Memerangi Wabak" itu dikeluarkan bersama oleh tiga kumpulan pemikir iaitu Institut Pengajian Kewangan Chongyang di bawah Universiti Renmin China, Institut Taihe dan Institut Intellisia. Laporan yang mengandungi 23 ribu perkataan itu membongkarkan keadaan sebenar memerangi wabak di AS di samping membidas kenyataan "AS paling berjaya".

Dengan memetik kesimpulan berdasarkan fakta, punca yang mengakibatkan AS paling gagal dalam memerangi wabak adalah langkah-langkah kerajaan AS yang antisains dan antiilmu umum dalam pencegahan dan pengawalan wabak, penyusunan polisi, serta pencarian asal usul wabak.

Laporan itu menyebut, di belakang angka jangkitan dan kematian adalah perbalahan politik, khususnya perbalahan antara parti politik, yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Digelar negara paling kuat di dunia, AS membiarkan penularan wabak yang menjadikan jangkitan makin serius ke negara lain. Selepas wabak COVID-19 menular, masih terdapat 20 juta warga AS ke luar negara. Maka, AS tidak boleh menolak tanggangjawabnya atas penularan wabak di seluruh dunia.   

William Jones, ketua biro Washington majalah Executive Intelligence Review menyatakan, virus COVID-19 telah menjadi alat politik untuk menghalang pembangunan China dan sumbangan China kepada dunia.

胡星