Pencarian Asal Usul COVID-19 Dipolitikkan: Netizen

2021-08-10 15:22:27  CRI
Share with:

Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini telah mengadakan tinjauan pendapat tentang pencarian asal usul COVID-19 dalam enam bahasa rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu Mandarin, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Tinjauan pendapat yang diadakan melalui Youtube, Twitter, Facebook, Contact Network, Weibo dan WeChat telah menimbulkan reaksi hangat netizen di seluruh dunia.

Menurut keputusan tinjauan yang diumumkan pada 26 Julai, 80 peratus responden berpendapat isu pencarian asal usul COVID-19 telah dipolitikkan. Menurut keputusan yang diumumkan pada 30 Julai pula, 83.1 peratus responden menyokong siasatan dijalankan terhadap Amerika Syarikat (AS).

Setakat ini, laporan berkenaan daripada CGTN telah menarik perhatian lebih 26 juta netizen di dunia. Lebih 280 ribu netizen terlibat dan memberikan komen. Mereka rata-rata berpendapat bahawa pencarian asal usul virus patut dijalankan di pelbagai kawasan di dunia.

Menurut dapatan tinjauan pendapat itu, kata-kata kunci yang paling banyak digunakan netizen termasuk “tekanan politik”, “sekatan AS”, “kawalan media”, “diskriminasi” dan “menghalang pembangunan China”.

Walaupun berada di negara dan wilayah yang berbeza, namun netizen itu menyampaikan pendapat yang sama dalam bahasa yang berbeza. “Pencarian asal usul virus tidak dapat mengawal penularan wabak, dan ini merupakan strategi politik AS yang bodoh dan ini tidak dapat mengekang pembangunan China.”

徐国玮