Antelop Tibet Bukan Lagi Spesies Hampir Pupus

2021-08-10 15:22:23  CRI
Share with:

Antelop Tibet Bukan Lagi Spesies Hampir Pupus_fororder_2ef9add1921845ffa4032315e3fc7df7_16x9

Jumlah antelop Tibet di China dilaporkan bertambah kepada kira-kira 300 ribu ekor berbanding kurang daripada 70 ribu ekor pada tahun 1980-an.

Sehubungan dengan itu, status haiwan tersebut yang dahulunya diklasifikasikan sebagai spesies hampir pupus kini diturunkan kepada kategori spesies hampir terancam.

Kejayaan itu susulan pemerkasaan usaha China dalam melindungi ekologi dan membanteras kegiatan pemburuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antelop Tibet Bukan Lagi Spesies Hampir Pupus_fororder_0171115d442a4ea28490ff564e227574_16x9

Dikategorikan sebagai haiwan yang diberi perlindungan kelas paling tinggi di China, antelop Tibet memainkan peranan amat signifikan dalam memelihara keseimbangan ekologi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Taman Negara Sanjiangyuan di wilayah Qinghai merupakan punca Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang, serta habitat utama kepada pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan dataran tinggi.

Pengarah Akademik Institut Penyelidikan Taman Negara Sanjiangyuan, Zhao Xinquan memberitahu bahawa kepelbagaian biologi pulih dengan pesat di taman tersebut, antaranya bilangan antelop Tibet merupakan dua hingga tiga kali berbanding masa 20 tahun lalu.

"Ia merupakan trend yang amat baik apabila status antelop Tibet ditukar kepada peringkat hampir terancam.

"Tidak mustahil haiwan itu dikategorikan sebagai spesies yang tidak memerlukan perlindungan khusus pada suatu hari nanti," kata Zhao.

张哲