Shanghai Sasar Wujud "Lingkaran Hidup 15 Minit"

2021-08-11 14:53:58  CRI
Share with:

Shanghai Sasar Wujud "Lingkaran Hidup 15 Minit"

Kerajaan Shanghai komited mewujudkan “lingkaran hidup 15 minit” meliputi semua komuniti pada tahun ini demi kemudahan rakyat.

Pelbagai pendekatan inovatif yang diambil Shanghai akan turut diperkanalkan kepada lebih banyak bandar di seluruh negara.

Skim “lingkaran hidup 15 minit” berobjektif membolehkan penduduk tiba di fasiliti perkhidmatan awam utama seperti tempat beli-belah, perubatan, sukan dan budaya dengan hanya berjalan kaki selama 15 minit sahaja.

Dalam pada itu, usaha menyempurnakan kemudahan dan perkhidmatan untuk warga emas akan diutamakan susulan jumlah golongan itu menduduki kira-kira separuh populasi di beberapa daerah di bandar raya tersebut.

Pihak berkuasa tempatan juga berusaha menyediakan fasiliti dan aplikasi digital yang mesra warga emas bagi  membolehkan golongan terbabit menikmati perkhidmatan awam yang berorientasikan teknologi baharu.

Di daerah Wuning, pelbagai fasiliti telah disediakan untuk mempermudah kehidupan golongan warga emas termasuk kantin, pusat perubatan, malah kuliah yang khusus ditawarkan untuk mereka.

Shanghai Sasar Wujud "Lingkaran Hidup 15 Minit"_fororder_4139c5abc6e4424a90bdbf46a0098201_16x9

"Semua penduduk boleh mengemukakan keperluan dan hasrat masing-masing.

"Pelan penambahbaikan fasiliti komuniti akan dirangka dengan mengambil kira suara dan cadangan setiap penduduk," kata Bai Xueru, Naib Pengarah Biro Perancangan Bandar dan Sumber Semula Jadi Shanghai.

张哲