42 Maut Kebakaran Hutan di Algeria

2021-08-11 13:05:06  CRI
Share with:

Kebakaran hutan yang berlaku di kawasan utara Algeria meragut 42 nyawa dan puluhan lagi cedera.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran hutan berlaku di beberapa provinsi di kawasan utara negara itu pada Isnin. Kerajaan telah menghantar pasukan bomba dan tentera untuk memadamkan kebakaran.

Antara 42 mangsa korban termasuk 17 orang awam dan 25 anggota tentera.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Algeria, Kamel Beldjoud berkata kebakaran hutan itu berkaitan perbuatan membakar dengan sengaja ketika cuaca panas pada masa ini. Siasatan sedang dijalankan.

覃淼