China telah membekalkan 770 juta dos vaksin COVID-19 kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa, melalui bentuk bantuan, eskport dan pengeluaran bersama, setakat 4 Ogos, kata Ketua Pengarah Jabatan Ekonomi Antarabangsa Kementerian Luar China, Wang Xiaolong.
Selain itu, seperti yang diumumkan oleh Presiden Xi Jinping, China akan membekalkan 2 bilion dos lagi kepada dunia, di samping menderma USD100 juta kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX) untuk membantu negara-negara membangun memperoleh vaksin.
Wang menegaskan, negara Asia, Afrika dan Amerika Latin akan diutamakan dalam pengagihan dan pembekalan vaksin China. Setakat ini, 90 peratus vaksin bekalan China diberikan kepada negara-negara tersebut.