Xi Galak Interaksi Pemuda, Bina Komuniti Berkongsi Nasib

2021-08-11 13:48:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada para wakil pemuda asing yang terlibat dalam Dialog Pemimpin Muda Global (GYLD) semalam, memuji perbuatan mereka yang melawat ke pelbagai tempat di China dan mendalami pemahaman terhadap negara ini. Beliau menggalakkan mereka meningkatkan pertukaran dan interaksi supaya menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi dalam suratnya mengatakan bahawa rakyat China menggunakan kebijaksanaan dan kegigihan sendiri, membina kehidupan bahagia dan mencipta tamadun berwarna-warni di tanah ini. China mempunyai wilayah yang luas dan jumlah penduduknya besar. China menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri hingga memberikan manfaat kepada dunia.

Dialog Pemimpin Muda Global anjuran kumpulan pemikir China, ialah mekanisme interaksi pemuda China dan asing. Perwakilan pemuda asing dari 28 buah negara menulis surat kepada Xi Jinping, mengucapkan tahniah kepada Parti Komunis China (PKC) yang menyambut ulang tahun ke-100 baru-baru ini, dan menceritakan pengalaman mereka sempena lawatan ke pelbagai kawasan di negara ini, di samping menyatakan akan berperanan sebagai jambatan untuk merapatkan interaksi antara China dengan dunia.

覃淼