Ekologi Tibet Bertambah Baik

2021-08-11 14:14:58  CRI
Share with:

Persekitaran ekologi Wilayah Autonomi Tibet di barat daya China semakin pulih dengan jumlah tumbuhan dan haiwan terus bertambah.

Sungai Yarlung Zangbo yang merupakan sungai dataran tinggi terpanjang di China, menjadi nadi kehidupan rakyat Tibet.

Bagaimanapun lembangan sungai itu mengalami penggurunan akibat cuaca dan bentuk muka buminya.

Sehubungan itu, masyarakat setempat mengambil inisiatif selama lima tahun untuk menghijaukan hulu sungai berkenaan dengan menanam pokok.

Tsering Ngodrup, penduduk kampung Jiaqingzi di Shigatse antara yang menyaksikan perubahan besar dalam landskap ekologi.

Menurutnya, dia gembira dengan perubahan kawasan berkenaan yang dulu tandus tetapi kini bertukar menjadi kawasan hijau.

Selepas lima tahun, kawasan hutan seluas 20 hektar berjaya diwujudkan, sekali gus berfungsi sebagai penghalang daripada berlakunya penggurunan.

Sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13 (2016-2020), langkah-langkah untuk memulihara ekologi giat dilaksanakan di Tibet.

Semua kampung pada altitud di bawah 4,300 meter di wilayah itu mempunyai kawasan hutan dengan kadar liputan mencecah 47 peratus.

Kajian terbaharu menunjukkan, jumlah antelop Tibet meningkat kepada 300,000 berbanding 80,000 direkod pada abad lalu, manakala burung jenjang berleher hitam juga bertambah kepada 10,000 daripada 2,000 sebelum ini.

 

董筱娉