Banyak Rusa Ekor Putih AS Dijangkit COVID-19

2021-08-11 16:34:22  CRI
Share with:

Laman web majalah Nature Britain baru-baru ini menyiarkan laporan dan menyebut, sejumlah besar rusa ekor putih di timur laut Amerika Syarikat (AS) pernah dijangkiti virus COVID-19.

Penyelidik dari Jabatan Pertanian AS telah menjalankan penyelidikan terhadap sampel serum darah rusa ekor putih itu dan mendapati satu pertiga rusa itu mempunyai antibodi COVID-19. Ini mencerminkan rusa itu pernah dijangkiti virus COVID-19.

Menurut laporan itu, ahli penyelidik telah memeriksa 385 sampel darah rusa yang diambil di negeri Michigan, Pennsylvania, Illinois dan New York pada Januari hingga Mac 2021. Mereka mendapati bahawa 40 peratus sampel itu mempunyai antibodi COVID-19, namun rusa itu tidak menunjukkan simptom.

Seorang jurucakap Jabatan Pertanian AS menyatakan bahawa rusa ekor putih di negeri lain mungkin juga dijangkiti virus COVID-19 kerana haiwan ini ada kontak dengan manusia.

Bagaimana rusa dijangkiti virus masih belum diketahui.

徐国玮