Pencarian Asal Usul COVID-19 Perlu Dijalankan Secara Saintifik: PM Laos

2021-08-12 11:56:13  CRI
Share with:

Pencarian Asal Usul COVID-19 Perlu Dijalankan Secara Saintifik: PM Laos_fororder_laos

Pencarian Asal Usul COVID-19 Perlu Dijalankan Secara Saintifik: PM Laos_fororder_laos2

Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh menyatakan bahawa pendirian Laos dalam isu pencarian asal usul wabak COVID-19 adalah konsisten dan jelas, iaitu ia perlu dijalankan secara objektif, telus, inklusif dan santifik.

Pihaknya telah menyatakan pendirian mementang isu tersebut dipolitikkan melalui kenyataan Kementerian Luar.

Phankham berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan vaksin COVID-19 bantuan China kumpulan ke-5 yang diadakan di Kementerian Kesihatan Laos semalam.

Beliau menyanjung tinggi sikap terbuka dan telus China yang aktif menjalankan kerjasama antarabangsa dalam isu pencarian asal usul wabak.

Beliau menegaskan, Laos menyokong pencarian asal usul itu dijalankan di seluruh dunia, dan komited terlibat aktif dalam kerjasama antarabangsa berkenaan.

覃淼