China Komited Pupuk Budaya Bersukan

2021-08-12 11:52:42  CRI
Share with:

China komited membentuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat, sejajar dengan Pelan Kecergasan Kebangsaan di bawah Pelan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Menerusi pelan tersebut, difahamkan lebih banyak tempat beriadah akan diwujudkan selain penambahan penganjuran pertandingan acara sukan.

China menyasar supaya hampir 40 peratus rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti sukan menjelang 2025.

Secara tidak langsung, ia turut membawa maksud bahawa sistem perkhidmatan awam untuk kesukanan perlu terus disempurnakan bagi mencapai matlamat tersebut.

Untuk itu, kerajaan China menggariskan lapan objektif termasuk membina dan memperluas 2,000 buah tempat riadah seperti taman dan stadium, di samping memperbanyak pertandingan acara sukan awam.

Pendekatan tersebut disambut baik segenap lapisan masyarakat berikutan ia sudah menjadi sebahagian daripada norma di dalam kehidupan harian mereka.

Malah, kesedaran golongan warga emas tentang manfaat mengekalkan gaya hidup sihat juga semakin tinggi.

Bagi golongan pelajar sekolah pula, pelan kecergasan berkenaan menuntut agar aktiviti riadah dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam sehari.

Selain itu, China juga giat memajukan industri sukan dengan menyasar keseluruhan nilainya mencecah 5 trilion yuan (RM3.27 trilion) menjelang 2025.

张哲