WHO Diseru Siasat Makmal Fort Detrick

2021-08-12 13:48:19  CRI
Share with:

Beberapa sarjana dari Filipina melancarkan petisyen dalam talian bagi mengumpulkan tandatangan netizen yang secukupnya supaya menyeru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan terhadap makmal biologi Port Detrick, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan portal The ASEAN Post baru-baru ini, penganjur petisyen itu menyatakan bahawa WHO harus "mengutamakan AS" dalam hal pencarian asal usul COVID-19 dan menjalankan siasatan terhadap makmal Fort Detrick disebabkan wujudnya gejala yang luar biasa di negara itu.

Laporan itu menyebut, bekas atase akhbar Kedutaan Besar Filipina ke AS, Adolfo Quizon Paglinawan, dalam buku terbaharunya "Tiada Vaksin untuk Virus Disebut Rasisme" menyatakan, virus COVID-19 bukanlah berasal usul dari Wuhan. AS harus membuka makmal Fort Detrick untuk disiasat.

Beliau juga berharap WHO dapat menghormati seruan rakyat seluruh dunia untuk melakukan kerja pencarian asal usul virus di makmal Fort Detrick.

胡星