Eksport Teknologi Tinggi China Semakin Rancak

2021-08-12 14:31:34  CRI
Share with:

Kerancakan eksport teknologi tinggi China membuka ruang kepada syarikat domestik untuk melebarkan sayap ke pasaran luar negara.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) tenaga baharu keluaran syarikat kenderaan elektrik China, NIO yang mampu bergerak sejauh 580 kilometer dengan bateri penuh merupakan salah satu model paling popular di China.

SUV NIO akan memasuki Norway September nanti sebagai percubaan pertama untuk meneroka pasaran luar negara.

Untuk memenuhi piawaian Eropah dan keperluan pengguna tempatan, model SUV itu telah diubah suai dari segi standard pengisian bateri, peta, parkir automatik dan pemantauan bateri.

Sementara itu, perusahaan teknologi tinggi lain seperti pengeluar cip juga menyaksikan peningkatan jualan yang besar kebelakangan ini.

Kajian terbaharu Universiti Harvard menunjukkan, China menduduki tempat ke-16 dunia dari segi kepelbagaian, kecanggihan teknologi dan kuantiti eksport pada 2019, iaitu naik tiga anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

梁靓