Syarikat AI Sedia Latihan untuk Bakal Siswazah

2021-08-13 14:57:04  CRI
Share with:

Sempena cuti musim panas, syarikat di China mengambil inisiatif menawarkan latihan kepada pelajar universiti bagi memenuhi keperluan bakat dalam industri kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat.

Pada masa sama, pihak universiti turut bekerjasama dengan syarikat berkaitan menerusi pelancaran program akademik dan kem latihan.

Langkah tersebut adalah untuk membantu bakal siswazah menguasai teknologi dan meningkatkan keupayaan, sekali gus melayakkan mereka terlibat dalam industri berkenaan.

Difahamkan, skala pasaran industri AI global mencecah USD280 bilion (RM1.18 trilion) pada 2020. Pasaran AI China pula menyumbang USD46.3 bilion (RM196 bilion).

Ketua pegawai eksekutif agensi pengambilan pekerja Zhaopin.com, Guo Sheng berkata, peluang pekerjaan melibatkan AI tumbuh antara 45 hingga 50 peratus.

Malah tambahnya, keperluan bakat AI dalam industri perisian komputer, internet dan pembuatan mesin turut menyaksikan peningkatan pesat.

梁靓