Isu Taiwan, Urusan Dalaman China: Duta China ke AS

2021-08-13 11:58:01  CRI
Share with:

Hubungan dua hala antara China dengan Amerika Syarikat (AS) amat signifikan. Kedua-dua negara harus menyelesaikan masalah melalui dialog dan komunikasi, di samping mengendalikan perselisihan dengan baik dan membaiki hubungan dua hala.

Demikian persetujuan Duta Besar China ke (AS), Qin Gang dan Naib Setiausaha Negara AS, Wendy Sherman dalam rundingan semalam.

Qin dalam sidang media selepas rundingan itu memberitahu wartawan bahawa isu Taiwan adalah isu paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS. Beliau telah menegaskan pendirian China itu kepada Sherman.

覃淼