China Kaji Langkah Proaktif Galak Simbiosis Manusia dan Gajah

2021-08-13 11:45:48  CRI
Share with:

China Kaji Langkah Proaktif Galak Simbiosis Manusia dan Gajah_fororder_1127749515_16286164501191n

China giat meneroka pendekatan proaktif bagi melindungi gajah liar Asia yang mengembara ke kawasan bandar dan desa, di samping berusaha mewujudkan keharmonian antara manusia dengan haiwan.

Sempena Hari Gajah Sedunia pada Khamis, ahli zoologi menerusi stesen televisyen China, CCTV berkongsi pelbagai langkah praktikal yang boleh diambil dalam memastikan manusia dan gajah hidup bersama secara harmoni.

Awal tahun ini, sekumpulan gajah liar Asia yang mengembara ke kawasan kota di wilayah Yunnan menjadi tumpuan khalayak ramai.

Menurut ahli zoologi, bagi memastikan mamalia tersebut dilindungi sambil keselamatan manusia terjamin, pelbagai langkah diambil termasuk menerbangkan dron menjalankan pemantauan tanpa henti terhadap pergerakan kawanan gajah itu.

China Kaji Langkah Proaktif Galak Simbiosis Manusia dan Gajah_fororder_1127749515_16286164503171n

Difahamkan, satu sistem amaran awal turut digunakan supaya gajah liar tersebut dapat bergerak secara bebas selain dapat menyampaikan maklumat kepada orang awam sekiranya kawanan gajah itu akan mendekati mereka.

Pelbagai pendekatan yang dilaksanakan terbukti berkesan, termasuk meletakkan rintangan, menyediakan sumber makanan kepada haiwan dan memberi subsidi kepada kaum tani yang tanamannya terjejas akibat pergerakan gajah.

Kawanan gajah tersebut dilaporkan melakukan pengembaraan ke kawasan utara selepas meninggalkan habitat asal mereka di zon perlindungan alam semula jadi di Xishuangbanna pada Mac tahun lalu.

张哲