AS Digesa Patuhi Prinsip Satu China

2021-08-13 15:19:18  CRI
Share with:

Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan usul berkaitan penyertaan Taiwan dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan manipulasi segelintir ahli politik anti-China. Usul tersebut bercanggahan dengan prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, ia merupakan campur tangan dalam urusan dalaman China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam siding taklimat di Beijing semalam.

Menurut laporan, Senat AS membahaskan dan meluluskan dengan “sebuat suara” usul “meminta Setiausaha Negara menetapkan strategi membolehkan Taiwan memperoleh semula kedudukan sebagai pemerhati WHO” pada 6 Ogos lalu.

Hua mengulas bahawa China menyatakan ketidakpuasan dan bantahan keras atas tindakan Senat AS tersebut dan telah mengemukakan representasi.

Hua berkata, menurut resolusi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persidangan Kesihatan Dunia (WHA), penyertaan kawasan Taiwan dalam aktiviti WHO perlu berdasarkan prinsip satu China.

Jelas Hua, kerajaan China memberikan perhatian tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan penduduk Taiwan dan telah mengadakan pengaturan baik tentang penyertaan Taiwan dalam urusan kesihatan sejagat berdasarkan prinsip satu China.

China menggesa AS menyedari kesensitifan isu Taiwan, mematuhi prinsip satu China, dan jangan memberikan isyarat yang salah kepada kumpulan “kemerdekaan Taiwan”.

徐国玮