WHO: Galak Pencarian Asal Usul COVID-19 Tanpa Gangguan Politik

2021-08-13 13:54:05  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihtan Sedunia (WHO) dalam kenyataan pada Khamis malam menyatakan, sejak tercetus pandemik COVID-19, pihaknya telah bekerjasama dengan negara anggota dan saintis untuk menyiasat asal usul virus sehingga mengeluarkan laporan penyelidikan fasa pertama pada bulan Mac lepas. Selain itu, WHO berharap terus bekerjasama dengan negara anggota dan pakar dalam penyelidikan fasa seterusnya.

Pertubuhan itu turut menyeru kerajaan pelbagai negara meningkatkan koordinasi dalam pencarian asal usul virus tanpa gangguan politik, menyusun rangka kerjasama bagi menangani cabaran pada masa akan datang.

Kenyataan itu menegaskan bahawa misi utama WHO adalah mempercepat prosedur penyiasatan berdasarkan pencapaian fasa pertama.   

胡星